Gas Malaysia Bhd telah menerima kelulusan kerajaan untuk melaksanakan semakan tarif gas asli untuk sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2019 seiring dengan rangka kerja Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR).
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, rangka kerja IBR menetapkan tarif asas untuk tempoh kawal selia tiga tahun mulai Januari tahun depan dan membenarkan perubahan dalam kos gas untuk dilepaskan melalui mekanisme penyaluran kos gas setiap enam bulan.
Pada 2017, tarif asas purata diluluskan pada RM26.71 MMBtu (satu juta Unit Termal British) untuk separuh pertama, diikuti RM28.05 MMBtu pada separuh kedua dan seterusnya RM30.90 dan RM31.92 MMBtu masing-masing pada separuh pertama dan kedua 2018.
Pada 2019, tarif asas purata yang diluluskan ialah RM32.69 MMBtu untuk enam bulan pertama dan RM32.74 bagi enam bulan berikutnya.
Gas Malaysia berkata, di bawah mekanisme GCPT, satu rebat tarif sebanyak RM0.40 setiap MMBtu akan diberi kepada semua kategori tarif untuk tempoh Januari hingga Jun 2017.
"Ini diterjemahkan kepada tarif berkesan purata sebanyak RM26.31 setiap MMBtu, iaitu pengurangan 2.74 peratus berbanding tarif purata sebelum ini," katanya.
Menurutnya, tarif asas untuk tempoh kawal selia itu dijangka memberi sumbangan positif kepada kedudukan kewangan syarikat bagi tiga tahun kewangan akan datang.
Bernama
Wed Dec 28 2016
Rangka kerja Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) membenarkan perubahan dalam kos gas untuk dilepaskan melalui mekanisme penyaluran kos gas setiap enam bulan. -fotoBERNAMA
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Peruntukan RM320 juta diperoleh Julai
Peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai tahun ini.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Pendapatan Gas Malaysia susut disebabkan kelemahan dalam volum jualan gas asli
Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd susut kepada RM383.40 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) berbanding RM389.54 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya.
Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta
Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 susut kepada RM31.98 juta daripada RM241.67 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
MyGAS 2023 bincang peranan penting gas asli dalam peralihan tenaga
MyGAS 2023 menyediakan platform untuk penggubal dasar dan peneraju industri dari seluruh dunia membincangkan peranan gas dalam peralihan tenaga.
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2022
Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2022 selepas Australia, Amerika Syarikat, Qatar dan Rusia.
Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia
Semakan semula POD 1 bertujuan membekalkan 230 juta mmcfd gas asli ke loji FLNG selama tempoh 18 tahun.
Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi
Projek pembangunan itu akan meningkatkan pengeluaran gas Iran sehingga 56 juta meter padu sehari.
Untung bersih Gas Malaysia melonjak kepada RM107.34 juta pada suku kedua
Prestasi ini didorong terutama oleh keuntungan kasar dan pendapatan kewangan lebih tinggi serta kos kewangan lebih rendah.
Korea Selatan bekalkan gas ke Eropah susulan krisis Ukraine
Korea Selatan memutuskan untuk membekalkan sebahagian daripada gas LNGnya ke Eropah.
Bank Dunia beri amaran kenaikan harga makanan, tenaga akibat konflik Rusia-Ukraine
Kenaikan kos tenaga dalam tempoh dua tahun lalu adalah yang tertinggi sejak 1973.
Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria
Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki mengesahkan menerima notis daripada Gazprom untuk menggantung bekalan gas.